Sabtu, Mac 22, 2014

My Fried Loh See Fun / Laksa Pendek Goreng

Asalamualaikum....

Nak cerita sikit sebelum tepek resepi....aku tak ingat samada aku pernah makan ke tidak Loh See Fun ni atau Laksa Pendek...tapi yg betul2 buat aku tak boleh lupa waktu makam pertama kali ialah masa aku ikut event Sahabat Media kat Sepang Gold Coast...

Cara penyediaan dan bahan yang digunakan untuk masak Loh See Fun ni pun sangat simple....bila makan jer aku rasa aku dah boleh agak apa bahan2 yg digunakan....hohoho

Balik dari situ...aku pun bercita-cita nak masak yang sama....Loh See Fun ni bukan ada kat merata kedai...tapi aku pernah nampak kat satu pasaraya ni....makanya bila dah ada masa lapang aku ke pasaraya tu dan beli sebungkus dua Laksa Pendek ni....



Nama Resepi : Loh See Fun Goreng 

Bahan2

1 bungkus - loh see fun / laksa pendek
3 ulas - bawang putih
1 sudu kecil - lada hitam ditumbuk kasar
3 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - sos tiram
2 sudu besar - kicap pekat atau kicap ABC
segenggam - taugeh
sedikit - bawang goreng sebagai hiasan

Cara2

1. Rebus laksa pendek sehingga kembang dan toskan

2. Tumis bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak

3. Masukkan segala jenis kicap 

4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula

5. Masukkan taugeh , kacau sebentar matikn api

6. Taburkan dengan bawang goreng

Tips Tambahan

-loh see fun ni boleh jugak goreng macam mee goreng 
-boleh tambah sayur lain seperti sawi atau kucai
-boleh gantikan lada hitam dengan cili padi jika suka
-boleh tambah fishcake atau fishball atau kepingan ayam juga

Selamat mencuba...!!

1 ulasan:

  1. kat noodels alamanda ada ni.hehehe sory masak x berapa cerdik,makan cerdik

    BalasPadam

Nak Komen Boleh....Tak Nak Komen Pun Boleh